test

Pindah Rumah!

Aku dah pindah gi blogspot..

Sila update link anda… http://dilanun.blogspot.com

Skian!~

Auuuwww~~

Masa aku skolah dulu, aku ada kawan dengan sorang mamat ni. Biarlah aku namakan dia sebagai K. Die ni lembut tapi masih kelelakian.. Selalu pakai kopiah ke mana-mana. Dalam banyak2 budak lelaki kelas aku, dia antara budak lelaki yang aku selesa berkawan. Sebabnya, aku rasa dia takde intention nak tackle aku pun(wah! wah! mcm la aku cun! huhuhu).

Biasala adat berkawan, mesti ada gaduh2 punye.. Aku ingat lagi, die pernah baling stapler (kut?) atas meja aku. Aku hangin la sampai Cikgu Daud (cikgu bio) pun takut tgk aku hangin. hohoho~ Tapi Cikgu Daud senyap je mungkin taknak campur hal budak-budak. Aku pun tak ingat detail, apsal si K marah sangat ngan aku hr tu.

Masa last-last nak habis skolah, kawan aku penah bagi buku Autograph.. biasala standard budak2 skolah. Aku pun tulis, dan lekatkan gambar yang paling cun skali la kunun2 (mana tau dia ada abg ensem ke). Lepas tu buku tu dia bagi kat K pulak. Ntah mcm mana sekali tu, aku terperasan cun si K ni tengah tgk gambar aku. Lame plak tu. Aiihh~ die ni syok kat aku ke? (kata diriku dengan penuh peras santan). Utk mengelak dari terus memeras santan, aku pun dengan selamber sound die depan2… “Oi! Jangan pandang lama2, nanti jatuh hati!~”. Terkejut sakan die bile kantoi dgn aku. Terus dia tutup buku lepas tu jeling2 kat aku (ape kes??).

Lepas masuk U, aku terus tak dengar berita dia. Sebenarnye, bukan die je, ramai je yang aku tak dengar berita..harharhar~ (kemungkinan aku yang tak campur orang, bukannye die). Sampai lah ke sem extend (ye, aku pelajar yang merosot sbb kene extend sem), Rubi member aku yang sangat rajin mengontek kawan2 lama telah memberikan no tepon K kepada aku. Die beriya-iya suruh aku call K. Kenapakah? Mungkin kah selama ini K dihambat hati dan perasaan terhadapku umpama camar yang berterbangan di langit biru? (nak tiru ayat jiwang novel tapi tak berjaya…).

So, dengan eksaitednye aku pun menalipon si K.

“Hello” (aku)

“Hellooowwwww” (suara pompuan jadian)

“Err… K**** ***** ada?” (aku)

“Sape ni?” (pompuan jadian tekejut)

“Fadhilah Sari” (kata gadis melayu terakhir)

“Jap ehh..”

……5 menet kendian…. (hoih!! 5 menet lama giler!! habis la kredit!)

“Hello” (sore lelaki)

“K**** **** ke ni?” (aku yg eksaited)

Lepas tu perbualan kitorang takde la semesra mana sbb aku rasa aku mcm dpt detect ape yang telah terjadi kepada si K ni. Die pun mcm segan-segan nak cakap ngan aku. Mungkin die tengah menyorok kat belakang jamban masa tengah bcakap ngan aku demi mengelakkan orang nampak seorang pompuan yang bersuara jantan tengah bergayut.

Patutla Rubi beriya-iya suruh aku call K….

Aku citer bende ni bukan ape, teringat jer… bile benda yang lbh kurang sama pun berlaku pada kawan aku. Die ngan budak laki ni kawan baik masa kanak-kanak ribena dulu. Beza kawan die ngan kawan aku ni ialah, kawan die mmg pure lelaki lah, takde lembut2 langsung. Tapi baru-baru ni bile die datang rumah member die tu, budak laki tu dah taknak jumpa die dah. Member aku ni saje la surfing2 kat internet, terjumpalah gambar member die tu. Owhh… patut la taknak jupe, rupenye sudah bertindik, berpakaian mcm pompuan sume..

hmmmm… no comment la… tapi yang pastinya aku dah kompem la K sbenarnye tak ade hati ngan aku. harharhar~